Wednesday, 28 September 2011

SOTO


Hujung mingu yang lalu aku telah di minta oleh kakak iparku untuk menyediakan juadah makan malam untuk ahli keluarganya yang akan datang kerumahnya, menu yang di minta ialah soto nasi. Bahan-bahan yang di perluakan untuk menyediakan soto yang lengkap ialah mini ketupat segera, seekor ayam , bawang besar, bawang putih, halia,daun bawang,daun soup,tauge, bawang goreng, rempah soto,soun, kacang tanah  ada kecil, kentang,serbuk lada putih dan daging cincang. Kita perlulah menyediakan lima jenis bahagian masakan iaitu mini ketupat segera, kuah soto, begedil, sambal kicap dan bahan-bahan hiasan untuk soto nasi ini. untuk menyediakan kuah soto yang sedap cara-caranya ialah menumis  bawang besar , bawang putih dan halia yang telah  di kisar ,  kemudian rempah soto di masukkan beserta daging ayam dan air kemudian di reneh sehinga masak. Setelah kuah soto siap di masak barulah kita menyediakan begedil sebagai pelengkap soto nasi. Bahan yang di perlukan untuk menyediakan begedil  ialah kentang yang telah di goreng , bawang goreng dan daging cincang. kentang goreng tadi perlulah di tumbuh sehingga lumat kemudian di gaul dengan bahan-bahan yang lain beserta sedikit garam, gula dan serbuk lada putih. Setelah selesai menguli begedil tadi perlulah di goreng sehingga masak. Untuk membangkitkan lagi rasa soto nasi itu tadi perlulah  di makan bersama tauge, ayam goreng yang di siat halus, bawang goreng, kacang tanah goreng , soun goreng dan sambal kicap. Apabila semua proses menyediakan soto itu tadi siap bolehlah di hidangkan kepada tetamu yang hadir.  Mungkin pembikinan soto nasi ini agak rumit namun ianya sedap dan mudah di makan. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Thursday, 22 September 2011

Roti atau kek

Setiap orang mempunyai minat dan kesukaan yang tersendiri sama ada lebih memilih kek atau roti sebagai makanan sampingan . Bagi pendapat saya,  roti dan kek mempunyai kelebihan masing-masing yang mampu membuatkan si pengemar berasa obses terhadap makanan tersebut. Saya lebih memilih roti berbanding kek , walawpun rupanya tidak menarik seperti kek namun rasanya sedap sekali . Ada kalanya kek mempunyai corak yang cantik dan menarik namun tidak mempunyai rasa yang secantik luarannya. kek dan roti juga boleh di jadikan perumpamaan kepada diri seseorang , walaupun individu tersebut memiliki fizikal yang cantik tidak semestinya memiliki dalaman secantik wajahnya begiti juga sebaliknya...setuju tak dengan apa yang saya katakan tadi...sapa sependapat dengan citarasa saya iaitu amat meminati roti berbanding kek...tepuk dada tanya selera.

Lepas habis kuliah tadi tiba-tiba sahaja seleraku menjerit-jerit mahu menikmati roti sebagai santapan minum petang. Apa lagi tidakku biarkan niatku hanya sekadar impian,  ku realisasikannya dengan melangkah kaki ke kedai dengan membeli pelbagai jenis roti antaranya roti coklat, sambal bilis dan butter,  tidak sabar rasanya kaki ini untuk melangkah maju menuju ke bilik untuk menikmati roti yang baru ku beli tadi. Bungkusan luaran ku buka dengan rasa teruja,  isi dalamnya ku keluarkan dan terus sahaja menari-nari di dalam mulutku ini. Nikmat pemberian tuhan ini ku amati dengan penuh rasa bersyukur dan tamatlah riwayat roti butter tadi yang telah ku kunyak sehingga lumat. Bagaimana dengan anda tak terasa ke nak makan roti butter yang saya makan tadi di jamin sedap sehingga menjilat jari.