Hujung mingu yang lalu aku telah di minta oleh kakak iparku untuk menyediakan juadah makan malam untuk ahli keluarganya yang akan datang kerumahnya, menu yang di minta ialah soto nasi. Bahan-bahan yang di perluakan untuk menyediakan soto yang lengkap ialah mini ketupat segera, seekor ayam , bawang besar, bawang putih, halia,daun bawang,daun soup,tauge, bawang goreng, rempah soto,soun, kacang tanah ada kecil, kentang,serbuk lada putih dan daging cincang. Kita perlulah menyediakan lima jenis bahagian masakan iaitu mini ketupat segera, kuah soto, begedil, sambal kicap dan bahan-bahan hiasan untuk soto nasi ini. untuk menyediakan kuah soto yang sedap cara-caranya ialah menumis bawang besar , bawang putih dan halia yang telah di kisar , kemudian rempah soto di masukkan beserta daging ayam dan air kemudian di reneh sehinga masak. Setelah kuah soto siap di masak barulah kita menyediakan begedil sebagai pelengkap soto nasi. Bahan yang di perlukan untuk menyediakan begedil ialah kentang yang telah di goreng , bawang goreng dan daging cincang. kentang goreng tadi perlulah di tumbuh sehingga lumat kemudian di gaul dengan bahan-bahan yang lain beserta sedikit garam, gula dan serbuk lada putih. Setelah selesai menguli begedil tadi perlulah di goreng sehingga masak. Untuk membangkitkan lagi rasa soto nasi itu tadi perlulah di makan bersama tauge, ayam goreng yang di siat halus, bawang goreng, kacang tanah goreng , soun goreng dan sambal kicap. Apabila semua proses menyediakan soto itu tadi siap bolehlah di hidangkan kepada tetamu yang hadir. Mungkin pembikinan soto nasi ini agak rumit namun ianya sedap dan mudah di makan. Selamat mencuba dan menjamu selera. |
Wednesday 28 September 2011
SOTO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment