Monday, 3 October 2011

Pau sambal kuih kegemaranku

Pau sambal Yang sungguh menyelerakan
Anak sedaraku yang comel dan bijak , Sumaiyah Iman
Pau sambal , kuih yang sering ku buat pada ramadhan yang lalu memberi seribu kenangan kepada ku dan membuatku mengingkap kembali kenangan lama apabila terlihat akan kuih ini. Pada ramadhan yang lepas aku bersama ibu ku membuat pelbagai jenis kuih muih dan lauk pauk  untuk di jual di depan rumah untuk mengisi kekosongan masa ku semasa cuti semesta. Antara kuih yang ku buat ialah pau sambal dan kuih itu juga menjadi kuih yang pertama habis di jual. Bagi pendapat ku rasa sedap kuih pau sambal itu terletak pada kelembutan pau itu dan juga rasa sambalnya yang sedap. Pelbagai cabaran yang terpaksa aku harungi untuk menyiapkan kuih itu antaranya kekangan masa dan juga kerenah anak sedara ku yang berumur 1 tahun yang suka bermain dengan doh pau itu. Pelik sungguh cabaran yang terpaksa aku hadapi dengan terpaksa melayan kerenak anak sedara ku yang comel dan nakal itu. Namun begitu tidak mematahkan semangat ku untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih muih terutama sekali kuih pau sambal kegemaranku.

No comments:

Post a Comment