Wednesday, 5 October 2011

Amalan rewang di dalam kenduri kendara

Rajin sungguh mak cik ku ini.

selain rewang boleh juga berbual kosong


wajah-wajah keletihan setelah penat rewang 

Memang menjadi kebiasaan apabila terdapat majlis-majlis besar seperti kenduri kawin atau kenduri potong jambul dan akikah aku akan turut serta bekerjasama untuk menjayakan majlis tersebut. Awal-awal pagi lagi aku akan di kejutkan oleh suara merdu emakku untuk bangkit membantu memasak dan sebagainya. Dalam kenduri kendara seperti ini kami adik beradik akan di kerah untuk balik kekampung dan berkumpul dalam satu keluarga yang besar untuk sama-sama membantu di dalam majlis tersebut . Adat inilah yang di panggil dengan istilah REWANG , menjadikan ia satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang ini seolah-olah sudah menjadi satu kewajipan dan menjadi kesalahan apabila ada ahli keluarga yang tidak hadir dengan alasan yang padu . Namun begitu di sebalik adat dan budata REWANG ini terdapat nilai-nilai moral yang tinggi dan menjadi medan kita melakukan amal ibadah. amalan ibadah yang di maksudkan ialah amalan ukwah dan ziarah di samping budaya salin bantu membantu sesama muslin dengan rasa redha dan ikhlas. Budaya Rewang ini juga dapat mengeratkan lagi ukwah dan silatul rahim sesama insan tidak kira apa jenis bangsa dan keturunan. Generasi muda masa kini seharusnya mengambil ihtibar dan meneruskan amalan yang positif ini supaya ia tidak pupus pada masa akan datang kerana amalan ini memberi seribu kebaikan .

2 comments:

  1. Rabuah
    tahniah, header yang kreatif.
    pendapat saya, jenis font entri perlu diubah kepada yang lebih jelas dan mudah dibaca.

    selamat menulis.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dr , saya begitu hargai nasihat yang dr berikan . Dengan keizinanNya saya akan terus menulis.

    ReplyDelete