Wednesday, 5 October 2011

Kuih Tradisional Getuk Pisang


Mungkin tak ramai yang tahu akan kewujudan kuih tradisional ini apatah lagi merasainya. kuih getuk pisang ini makanan orang dulu-dulu sebelum wujudnya chess cake dan sebagainya. selain memiliki rasa yang unik ia juga mempunyai khasiat yang tinggi kerana bahan yang di gunakan tidak mempunyai pengawet pewarna dan sewaktu denganya.Bahan asas yang di gunakan untuk membuat getuk pisang ini kelapa pisang gula dan garam secukup rasa. kita sebagai generasi baru perlu mengetahui kuih tradisional dan mempelajari untuk membuatnya supaya kuih ini tidak pupus pada zaman akan datang. selain getuk pisang terdapat juga getuk ubi , keledek dan keladi. Bahan asasnya msih sama cuma di gantikan pisang tadi dengan keledek, keladi, atau ubi.kuih tradisional ini juga boleh dan mudah di dapati di negeri johor khususnya di kawasan pinggir bandar. Bagi sesiapa yang teringin mencubanya jumpalah kepada sesiapa yang pandai membuat kuih ini , semoga hasrat anda ingin mencuba kuih ini akan terlaksana. Selamat mencuba dan  semoga berjaya...

No comments:

Post a Comment