Thursday 22 September 2011

Roti atau kek

Setiap orang mempunyai minat dan kesukaan yang tersendiri sama ada lebih memilih kek atau roti sebagai makanan sampingan . Bagi pendapat saya,  roti dan kek mempunyai kelebihan masing-masing yang mampu membuatkan si pengemar berasa obses terhadap makanan tersebut. Saya lebih memilih roti berbanding kek , walawpun rupanya tidak menarik seperti kek namun rasanya sedap sekali . Ada kalanya kek mempunyai corak yang cantik dan menarik namun tidak mempunyai rasa yang secantik luarannya. kek dan roti juga boleh di jadikan perumpamaan kepada diri seseorang , walaupun individu tersebut memiliki fizikal yang cantik tidak semestinya memiliki dalaman secantik wajahnya begiti juga sebaliknya...setuju tak dengan apa yang saya katakan tadi...sapa sependapat dengan citarasa saya iaitu amat meminati roti berbanding kek...tepuk dada tanya selera.

Lepas habis kuliah tadi tiba-tiba sahaja seleraku menjerit-jerit mahu menikmati roti sebagai santapan minum petang. Apa lagi tidakku biarkan niatku hanya sekadar impian,  ku realisasikannya dengan melangkah kaki ke kedai dengan membeli pelbagai jenis roti antaranya roti coklat, sambal bilis dan butter,  tidak sabar rasanya kaki ini untuk melangkah maju menuju ke bilik untuk menikmati roti yang baru ku beli tadi. Bungkusan luaran ku buka dengan rasa teruja,  isi dalamnya ku keluarkan dan terus sahaja menari-nari di dalam mulutku ini. Nikmat pemberian tuhan ini ku amati dengan penuh rasa bersyukur dan tamatlah riwayat roti butter tadi yang telah ku kunyak sehingga lumat. Bagaimana dengan anda tak terasa ke nak makan roti butter yang saya makan tadi di jamin sedap sehingga menjilat jari.

No comments:

Post a Comment