Thursday 22 December 2011

JAKIM DAN MAKANAN HALAL


PENGENALAN
Di Malaysia kini isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan.  Menurut Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, isu halal menimbulkan dilema kerana walaupun pelbagai produk makanan di pasaran, tidak semua barang halal. Kekeliruan timbul dari segi status halal produk. Walaupun ada label kandungan produk, tiada siapa tahu sama ada maklumat itu benar atau tidak.
Bagi memastikan makanan yang di pasarkan halal, pihak yang paling bertanggungjawab memastikan makanan itu halal dan selamat di gunakan oleh orang Islam ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM bertanggungjawab dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan orang Islam di negara ini bermula sejak tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Pada 1 September 2002, semua urusan pengesahan halal telah dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam namun begitu pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal telah diambil alih oleh Halal Industry Development Corporatian. Walau bagaimanapun mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam dan luar negara dikembalikan semula  kepada JAKIM.

Tuesday 11 October 2011

Buah-buahhan

Apabila melihat pada nama saya juga bunyinya begitu sinonim dengan buah, sejak kecil lagi namaku sering di persendakan ada yang memangil ku rabu, buah dan bermacam-macam lagi. Pada mulanya hati ku berkecil hati namun lama kelamaan ia sudah sebati dalam diri. Aku percaya mungkin ada hikmah di sebalik ketentuan Ilahi. Aku tidak meminta untuk di berikan nama seperti ini namun takdir yang telah menentukan namaku begini ku terima dengan lapang dada memanjat kesyukuran pada Ilahi. Mungkin di sebalik nama ini juga yang membuatkan ramai yang mudah mengigati nama ku. Selain itu juga, aku begitu gemar sekali akan buah-buahan tidak kira apa  jenis buah sekali pun munkin nama, jiwa dan batinku sudah sebati dengan buah. Buah-buahan juga bukan sahaja mempunyai seribu khasiatnya namun dengan rasanya yang unik dan sedap juga begitu membahgiakan si empunya... Itulah di sebalik nama Rabuah Adauah milik seorang insan teristimewa.

Wednesday 5 October 2011

Amalan rewang di dalam kenduri kendara

Rajin sungguh mak cik ku ini.

selain rewang boleh juga berbual kosong


wajah-wajah keletihan setelah penat rewang 

Memang menjadi kebiasaan apabila terdapat majlis-majlis besar seperti kenduri kawin atau kenduri potong jambul dan akikah aku akan turut serta bekerjasama untuk menjayakan majlis tersebut. Awal-awal pagi lagi aku akan di kejutkan oleh suara merdu emakku untuk bangkit membantu memasak dan sebagainya. Dalam kenduri kendara seperti ini kami adik beradik akan di kerah untuk balik kekampung dan berkumpul dalam satu keluarga yang besar untuk sama-sama membantu di dalam majlis tersebut . Adat inilah yang di panggil dengan istilah REWANG , menjadikan ia satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang ini seolah-olah sudah menjadi satu kewajipan dan menjadi kesalahan apabila ada ahli keluarga yang tidak hadir dengan alasan yang padu . Namun begitu di sebalik adat dan budata REWANG ini terdapat nilai-nilai moral yang tinggi dan menjadi medan kita melakukan amal ibadah. amalan ibadah yang di maksudkan ialah amalan ukwah dan ziarah di samping budaya salin bantu membantu sesama muslin dengan rasa redha dan ikhlas. Budaya Rewang ini juga dapat mengeratkan lagi ukwah dan silatul rahim sesama insan tidak kira apa jenis bangsa dan keturunan. Generasi muda masa kini seharusnya mengambil ihtibar dan meneruskan amalan yang positif ini supaya ia tidak pupus pada masa akan datang kerana amalan ini memberi seribu kebaikan .
Kuih Tradisional Getuk Pisang


Mungkin tak ramai yang tahu akan kewujudan kuih tradisional ini apatah lagi merasainya. kuih getuk pisang ini makanan orang dulu-dulu sebelum wujudnya chess cake dan sebagainya. selain memiliki rasa yang unik ia juga mempunyai khasiat yang tinggi kerana bahan yang di gunakan tidak mempunyai pengawet pewarna dan sewaktu denganya.Bahan asas yang di gunakan untuk membuat getuk pisang ini kelapa pisang gula dan garam secukup rasa. kita sebagai generasi baru perlu mengetahui kuih tradisional dan mempelajari untuk membuatnya supaya kuih ini tidak pupus pada zaman akan datang. selain getuk pisang terdapat juga getuk ubi , keledek dan keladi. Bahan asasnya msih sama cuma di gantikan pisang tadi dengan keledek, keladi, atau ubi.kuih tradisional ini juga boleh dan mudah di dapati di negeri johor khususnya di kawasan pinggir bandar. Bagi sesiapa yang teringin mencubanya jumpalah kepada sesiapa yang pandai membuat kuih ini , semoga hasrat anda ingin mencuba kuih ini akan terlaksana. Selamat mencuba dan  semoga berjaya...

Biskut satu Malaysia

Model Biskul Satu Malaysia 





walawpun hari raya sudah pun berlalu namun kenangan nya masih segar di dalam ingatanku. Sepanjang musim perayaan pelbagai jenis biskut raya yang telah aku jumpa namun satu jenis kuih ini baru aku temui pada tahun ini iaitu biskut satu malaysia. kuih ini jarang sekali aku temui dan ini baru kali pertama aku menemui kannya dengan corak nya yang menarik di tambah pula dengan rasa yang sedap telah menjadikan kuih ini sangat menarik dan unik sekali. harap-harap pada tahun hadapan aku akan ketemui biskut ini lagi.

Monday 3 October 2011

Majlis akikah dan potong jambul

Acar buah
Bunga Telur

Sambal goreng jawa

Daging kicap

Ayam Masak merah

Pelbagai Jenis Air Yang memikat selera

Kumpulan Kompang

Ajk Belakang tabir

Khemah untuk Majlis 




Majlis akikah dan potong jambul ini di adakan khusus untuk cucu mak tok n tok bak iaitu sumaiyah iman, Alya nasuha,,Aniq darwish, dan Fayyad Muiz . Antara acara yang terdapat pada majlis ini ialah akikah lembu , potong jambul , berzanzi, perarakan berserta kompang dan jamuan. Juadah yang di sedikan di masak sendiri oleh ahli keluarga dan sanak saudara yang hadir. Antara juadah yang di sediakan untuk para tetamu ialah mee houn soup. nasi hujan panas berserta lauk pauk , kuih muih. buah-buahan, kuih raya, dan pelbagai jenis minuman. Tetamu yang hadis sungguh ramai sekali dan mereka juga sangat teruja dengan juadah yang di sediakan tidak lupa juga bunga telur yang di sedikan oleh mereka. Majlis iniberlangsung dengan sungguh meriah dan jayanya. Terima Kasih kepada pihak- pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Pau sambal kuih kegemaranku

Pau sambal Yang sungguh menyelerakan
Anak sedaraku yang comel dan bijak , Sumaiyah Iman
Pau sambal , kuih yang sering ku buat pada ramadhan yang lalu memberi seribu kenangan kepada ku dan membuatku mengingkap kembali kenangan lama apabila terlihat akan kuih ini. Pada ramadhan yang lepas aku bersama ibu ku membuat pelbagai jenis kuih muih dan lauk pauk  untuk di jual di depan rumah untuk mengisi kekosongan masa ku semasa cuti semesta. Antara kuih yang ku buat ialah pau sambal dan kuih itu juga menjadi kuih yang pertama habis di jual. Bagi pendapat ku rasa sedap kuih pau sambal itu terletak pada kelembutan pau itu dan juga rasa sambalnya yang sedap. Pelbagai cabaran yang terpaksa aku harungi untuk menyiapkan kuih itu antaranya kekangan masa dan juga kerenah anak sedara ku yang berumur 1 tahun yang suka bermain dengan doh pau itu. Pelik sungguh cabaran yang terpaksa aku hadapi dengan terpaksa melayan kerenak anak sedara ku yang comel dan nakal itu. Namun begitu tidak mematahkan semangat ku untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih muih terutama sekali kuih pau sambal kegemaranku.